Vertical Resize - Hello Kitty

Thursday, 25 April 2013

syukur 21

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

pada kali ini, saya nak kongsi satu movie yang amat saya minati dan rindui..

SYUKUR 21

cerita ni sangat best!!!
banyak elemen cerita yang kita boleh dapat..
pengajaran dan juga nilai murni..


sinopsis : 
  
        Filem Syukur 21 ini berunsur futuristik dan berlatarbelakangkan tahun 2021. Ia mengisahkan kehidupan manusia yang aman, harmoni dan penuh ketenangan tanpa adanya jenayah pada tahun 2021. Kamal yang berusia 50-an dan bermastautin di Amerika Syarikat selama 30 tahun menjalani hidup yang serba mewah dan bersikap mementingkan kebendaan. Dia tidak dapat mempertahankan kerukunan rumah tangga. Kamal yang pakar dalam multimedia itu ditugaskan ke Malaysia untuk mengatur beberapa program di Raudah, sebuah organisasi yang serba lengkap dengan kemudahan dan teknologi dan sistem pentadbiran yang diasaskan oleh Raihan. Di dalam Raudah meliputi kawasan perumahan, rekreasi, kompleks perniagaan dan sebuah akademi. Kamal mendapati tamadun Malaysia telah berubah termasuk penggunaan teknologi serba canggih serta melihat kerukunan hidup yang dijalani. Raudah juga menjadi tempat memulihkan moral manusia supaya menjadi insan yang lebih berakhlak dan tidak mementingkan kebendaan. Kamal juga bertemu dengan ibunya yang bekerja sebagai sukarelawan di Raudah semasa bertugas di situ. Anaknya Daniel juga berkhidmat di situ.


di bawah ni , ada sedikit gambar tentang filem ni..





kalau anda nak lihat full movie..
boleh terus ke link ini~~











Alhamdulillah..


ni pula , zikir yang sangat menenangkan hati.. 
zikir taubat..
setiap kali mengalunkan zikir ini , 
pasti hati rasa tenang..

Hati berasa sangat tenang..
rasa Allah sangat dekat..

Alhamdulillah..
In Sha Allah.. Allah akan mengampuni dosa kita..
salah satu adab berdoa itu ,
adalah 
yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa kita itu..

Jadi ,
sahabatku sekalian , 
marilah kita berdoa.. 
kerana..
doa itu senjata paling kuat orang-orang mukmin..

Kuatkan pergantungan kita pada Allah yang Maha Esa..
in sha Allah , Allah akan membantu kita semua..

amin~~

2 comments:

  1. saya tidak bisa menonton filmnya itu bagaimana yah?

    ReplyDelete
  2. assalamu'alaikum
    kak, film ni dah tak dek
    akak ade salinan filenye tak?
    awak nak tonton film ni
    syukran katsiran akak

    ReplyDelete