Bismillahirrahmanirrahim...
Assalammualaikum...
sekadar untuk berkongsi sedikit kisah teladan..
~Musta'mal~
Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang
dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di
phone..*yakni couple*...
dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di
phone..*yakni couple*...
kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul
menyentuh hati kami semua....
menyentuh hati kami semua....
syeikh:
kamu suka dia?
fulan:
ya syeikh....
syeikh:
kamu suka tu suka-suka atau
kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman
hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?
fulan:
ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman
hidup saya dan agama saya...
Syeikh:
bila kamu akan menikahinya?
fulan:
lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...
syeikh:
jadi kenapa kamu rosakkan dia?
kamu bukan nak menikah sekarang?
kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?
kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?
bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?
kenapa kamu bercouple dengannya,
sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,
bersabarlah
hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah
kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?
bukankah cara itu lebih suci?
wanita umpama air mutlak,mereka suci,
tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,
apatah lagi ber couple,
wanita itu umpama air musta'mal..
ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan
untuk perkara selain bersuci
seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...
apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?
sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,
nafsu mereka didepankan atas segalanya,
kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,
mereka akan mempercayainya
melebihi mereka percayakan al-quran...
sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main
kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,
tapi sekiranya mereka belum sedia,
contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,
jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,
tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga
membawa mereka ke ranjang perzinaan..
itu tandanya akal mereka sangat pendek...
nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan
perosak mereka....
bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone
semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram
kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....
dekati zina pun tak boleh,
makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,
tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram
kerana perintah ini....
jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...
sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina
tetapi di mahsyar kelak
buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....
apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita
yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang
panasnya 70x ganda api dunia?
No comments:
Post a Comment