Vertical Resize - Hello Kitty

Sunday, 28 April 2013

Suci Tetapi Tidak Menyucikan...


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum... 
sekadar untuk berkongsi sedikit kisah teladan..


~Musta'mal~




Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang 

dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di 

phone..*yakni couple*...



kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul 
menyentuh hati kami semua....


syeikh: 

kamu suka dia?

fulan: 

ya syeikh....


syeikh: 

kamu suka tu suka-suka atau

kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman 

hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan:

ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman

hidup saya dan agama saya...

Syeikh: 

bila kamu akan menikahinya?

fulan: 

lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: 

jadi kenapa kamu rosakkan dia?

kamu bukan nak menikah sekarang?

kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?

kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?

bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?

kenapa kamu bercouple dengannya, 

sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,

bersabarlah 

hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah 

kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?

bukankah cara itu lebih suci?

wanita umpama air mutlak,mereka suci,

tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,

apatah lagi ber couple,

wanita itu umpama air musta'mal..

ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan 

untuk perkara selain bersuci 

seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...

apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?

sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,

nafsu mereka didepankan atas segalanya,

kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,

mereka akan mempercayainya 

melebihi mereka percayakan al-quran...

sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main 

kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,

tapi sekiranya mereka belum sedia,

contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,

jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,

tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga 

membawa mereka ke ranjang perzinaan..

itu tandanya akal mereka sangat pendek...

nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan 

perosak mereka....

bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone 

semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram 

kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....

dekati zina pun tak boleh,

makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,

tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram 

kerana perintah ini....

jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...

sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina 

tetapi di mahsyar kelak 

buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....

apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita 

yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang 

panasnya 70x ganda api dunia?

Thursday, 25 April 2013

syukur 21

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

pada kali ini, saya nak kongsi satu movie yang amat saya minati dan rindui..

SYUKUR 21

cerita ni sangat best!!!
banyak elemen cerita yang kita boleh dapat..
pengajaran dan juga nilai murni..


sinopsis : 
  
        Filem Syukur 21 ini berunsur futuristik dan berlatarbelakangkan tahun 2021. Ia mengisahkan kehidupan manusia yang aman, harmoni dan penuh ketenangan tanpa adanya jenayah pada tahun 2021. Kamal yang berusia 50-an dan bermastautin di Amerika Syarikat selama 30 tahun menjalani hidup yang serba mewah dan bersikap mementingkan kebendaan. Dia tidak dapat mempertahankan kerukunan rumah tangga. Kamal yang pakar dalam multimedia itu ditugaskan ke Malaysia untuk mengatur beberapa program di Raudah, sebuah organisasi yang serba lengkap dengan kemudahan dan teknologi dan sistem pentadbiran yang diasaskan oleh Raihan. Di dalam Raudah meliputi kawasan perumahan, rekreasi, kompleks perniagaan dan sebuah akademi. Kamal mendapati tamadun Malaysia telah berubah termasuk penggunaan teknologi serba canggih serta melihat kerukunan hidup yang dijalani. Raudah juga menjadi tempat memulihkan moral manusia supaya menjadi insan yang lebih berakhlak dan tidak mementingkan kebendaan. Kamal juga bertemu dengan ibunya yang bekerja sebagai sukarelawan di Raudah semasa bertugas di situ. Anaknya Daniel juga berkhidmat di situ.


di bawah ni , ada sedikit gambar tentang filem ni..





kalau anda nak lihat full movie..
boleh terus ke link ini~~











Alhamdulillah..


ni pula , zikir yang sangat menenangkan hati.. 
zikir taubat..
setiap kali mengalunkan zikir ini , 
pasti hati rasa tenang..

Hati berasa sangat tenang..
rasa Allah sangat dekat..

Alhamdulillah..
In Sha Allah.. Allah akan mengampuni dosa kita..
salah satu adab berdoa itu ,
adalah 
yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa kita itu..

Jadi ,
sahabatku sekalian , 
marilah kita berdoa.. 
kerana..
doa itu senjata paling kuat orang-orang mukmin..

Kuatkan pergantungan kita pada Allah yang Maha Esa..
in sha Allah , Allah akan membantu kita semua..

amin~~

Wednesday, 24 April 2013

Sekeping Hati Milik Seorang Hamba Pencipta

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. bertemu juga hati kita kali ini melalui coretan saya yang tidak seberapa ini..

Untuk coretan kali ini in sha Allah , rasanya ingin sekali hati ini berkongsi akan apa yang pernah dan sedang dirasakannya.. 

Sesungguhnya..
memiliki sekeping hati yang mudah rapuh ini sangat mencabar bagi diriku...

Dipukul sedikit , dijentik sekali..
ia mula rapuh.. 
dan untuk menjaga hati ini supaya menjadi sekeping hati yang tabah dan kuat adalah sangat mencabar..

hati itu perlukan jagaan iman yang kukuh.. 

supaya , ia boleh menepis godaan syaitan yang sering merayu hatinya untuk mengingkari perintah Penciptanya..
supaya , ia boleh mengelak bisikan iblis yang sentiasa membisiknya untuk mengecewakan Tuhannya..

sungguh hati ini tidak mahu ingkar pada Allah..

sungguh hati ini tidak berniat mahu mengecewakan Allah..
sungguh hati ini mahu bahagia di jalan Allah..
sungguh hati ini hendak mengecapi kasih Allah..
tapi..
sekeping hati milik seorang hamba ini , 
sangat lemah dan rapuh..
tidak berupaya menepis segala-galanya..
tatkala..
dugaan itu datang..
godaan itu menyapa..

Ya Allah..

ampunilah hati ini..
ampunilah diri ini..
yang tidak berupaya menggunakan anugerah akal yang Engkau kurniakan untuk memandu hati ini..

Ya Allah..

Kau berikanlah 
kekuatan , kesabaran , ketabahan..
untuk aku..
supaya dapat aku melepasi dugaan hidup ini..

Ya Allah..

Kau tanamkanlah
di dalam hatiku ini..
iman yang kukuh..
Kau bantulah
diriku ini untuk menggapai redhaMu..




p/s : sesungguhnya , sekeping hati milik seorang yang bergelar hamba itu sangat rapuh.. namun , kita mesti berusaha menjadi hamba yang baik.. setiap muslim itu memiliki kewajipan , iaitu , memenuhi semua hak-hak Allah keatas dirinya.. antaranya , iman kita , pegangan dan kepercayaan.. 

ALWAYS..
ASK HELP FROM ALLAH..
AND..
ALWAYS..
BE CLOSE TO HIM..

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ..


Friday, 19 April 2013

salam ukhuwah

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Assalammualaikum dunia perblogan... 

Salam Ukhuwah buat pembaca-pembaca yang memiliki hati jihad yang sentiasa rindukan halawatul iman di dalam hatinya.

jadi , sebagai permulaan langkah saya ini , marilah kita bersama-sama menghayati lirik lagu ini..

liriknya mudah sahaja , malah bahasa yang digunakan juga , amat mudah untuk kita fahami.. 

tetapi..
mempunyai maksud dan makna yang sangat mendalam dan besar..


Aku Cinta Allah
Andaikan diri ku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

Aku lemah tanpa Mu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaaa Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah



jadi , untuk itu sahaja tulisan yang pertama kalinya ..
semoga Allah memberi saya kelapangan dan kekuatan untuk terus menulis dan berkongsi cerita di laman ini..

In Sha Allah..

Assalammualaikum..